Pages

May 31, 2010

BALAS CEPAT!!!


Tarikh : 12 Jun 2010
Tempat : Sebuah hotel di Ipoh

[[thanks to ori yg uruskan pasal ni]]

Masa : 8.00PM-12.00PM
Bayaran : RM50.00



.Tarikh.
Respons yg ak dpt, 12 Jun 2010 mmg tarikh yg sesuai sbb ramai budak cuti. Budak UiTM, Poli, Maktab dan beberapa U lain. Tapi, ada gak yg takleh dtg sebab tak dpt cuti.

Reunion=Reunite>>>Semua MESTI hadir!
Tapi, disebabkan ada yg tak dpt dtg,
maka apa yg kita nk buat nanti ialah
GATHERING Besar-besaran.

.Gathering.
Akan melibatkan 80% budak batch 23. Boys and girls.
Acara utama ialah Dinner + Acara2 yg sewaktu dgnnya.

.Penginapan.
Pilihan 1=boleh menginap di hotel tersebut
Pilihan 2=bermalam di rumah member2 kita kt ipoh
Pilihan 3=homestay kt Seri Iskandar
Pilihan 4=pikir sendiri
Ak recommendkan Pilihan 3=Homestay kt Seri Iskandar. Sebab, homestay die murah, lawa, selesa, dan bes. 1 malam RM100, dan boleh muat 10 orang. Ada aircond. Kalau nk, habaq awal2 so ak bleh buat tempahan.

.Bayaran utk Gathering=RM50.00 Seorang.
Ok...mahal! But, berpatutan dan kita boleh dpt byk benda dgn nilai tu.
Target kita nk buat grand, macam-macam boleh isi mlm tu.
Bayaran boleh dibuat kpd aku melalui bank-in, e-bank-in, or jmpak personal. Tak dibenarkan pos atau topup handset.

Okeh. Ni lah semua detailnya.

.Respons.
Benda ni kena plan awal. Nak booking, dan buat AJK.
So, ak nak respons dr hangpa suma.
Selewat-lewatnya 2 Jun 2010.
Bagi respons selewat-lewatnya 2 Jun 2010.

Setuju atau tidak??

Kalau tak bg respons, ak anggap tak setuju.
Gathering ni akan dibuat hanya jika 80% of us setuju.

Maaf jika terkasar bahasa atau strict sgt.
Benda ni tak boleh buat main-main.

Papehal, just contact ak.

Jgn lupa,
URGENT RESPONSE!!!

May 16, 2010

Selamat Hari Guru




Hi kawan-kawan semua~
Assalammualaikum wbt.....

So, arini genapla 2 tahun kita tak menyambut hari guru kat SERATAS. Rindu lak rasenya. Nak tau ape gimik-gimik terbaru dak2 form 5 taun ni. Biasala, takde gimik tak sah. Cite hantula, cita Wak Seman-la, macam-macam lagi. 


Jadi, di kesempatan ni nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu SERATAS, dan tak ketinggalan bakal-bakal cikgu dari SERATAS.

Ingatlah, jasa guru terlalu tinggi nilainya. Takkan dapat nak dibalas selama-lamanya....

"Cikgu marah tu tandanya nak tengok awak semua berjaya"



Ubuntu 10.04 Lucid Lynx : An Upgrade and Perfection is Here!

Assalamualaikum...

haha..aku kembali lg..boring gler dok umah xtau nak watpe..
tp sebenarnya aku sibuk gak ngn awek bru aku ni(lucid lynx ni ha..)
kelmarin aku dah buang Karmic n terus masukkan Lucid dalam laptop buruk aku nie.






Mula2 aku ingat bese jela kan..
biasa la ubuntu mne ade ada byk ubah sgt. Tapi serius aku excited gler coz ade byk perubahan yang dibuat pada release terbaru dia ni.

Yang plg aku suka ialah dia punya connection manager.
kali ni ak boleh terus connect Maxis Broadband aku n  tros setting kan APN n mende ape ntah yang lain tu..Haaa...kire plug n play la..x macam dule aku kne rmmod n kill storage dulu..kne restart plak. Menyusahkan betol la.


Hah!
aku dah berjaya pakai Photoshop CS4(Portable suda..) dalam Ubuntu ni. setelah bersusah payah aku berjaga malam finally berjaya gak. Penat gak la nak install coz ak pnye internet slow tat tatnye! (da sampai limit kuota la.. Tapi kat sini aku malas la nak bgtau cmne nak install. Lau ade sape2 nak tau anta la email ke msg ke comment ke.






Terminator vs. Terminal?
Aku suka terminator sbb support multiscreen n membolehkan kita multitasking dalam 1 window je. Gempak siakkk!!!




Beberapa hari yang lepas Mad Dollim ade ajak ak pki Skype. Aku rase malas la sebab dah ade ym. Tp lepas aku install Ubuntu nie aku rase teringin lak nak pki Skype ni.
Betul ke gempak seperti kate Mad tu. Xpela aku try. N skrg bru ak tau mmg skype gempak. Sape2 yg xtau ape bende skype tu? pandai2la google lepas tu tros download n pki k. Free je pon bkn kne bayar.(bunyi dia gempak kot..)








satu lg software yang aku suka ialah XChat. Macam mIRC kat Windows kuno tu la. Tapi yang nie free.korang x payah nak crack2 dah bleh tros pki. Aku ni bkn kaki chat tp ade gak slalu lepak2 kat server Freenode tu kat channel #ubuntu-my
sembang2 ngn dorg pasal Ubuntu n kat sini la aku bertanya.

Pidgin ni plak macam YM la tp lebih dari tu. Bleh pki account2 mcm AIM, Bonjour, Gadu-Gadu, Gtalk, MySpaceIM, ICQ n macam2 la lg. So jeuh lebih bagus dr YM kuno tu. Hahaha.




Yang ni lak CompizConfigSettingManager yg aku ckp dulu. Ni la hasilnye.
3D cube desktop. Serius gempak.
Aku rase mcm x percaya je yg Ubuntu nie free.




haaa..sebelum aku lupa, kepada sape2 yang malas nak download ISO image Ubuntu ni dr website dia(700MB) n nak DVD Ubuntu 10.04 Lucid Lynx nie bleh kontek ak kat facebook(message) atau bg SMS je. Sape nak mintak installkan pon boleh. Sape yg nak DVD tu ak charge la sket RM10 xkan x mampu kan.
Haih~ Aku xtau nak tulis pe dah.bye

May 6, 2010

Ubuntu Untuk bATcH23!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada kawan2 batch 23 yang aku rindui sekalian. Semalam aku telah manjadi salah seorang penulis kepada blog ini secara rasminya dan aku amat bangga(mengalahkan Che Ros) kerana dapat menyumbang kepada pengaktifan blog ini. Sorry Che Ros gurau je


.


Ok berbalik kepada tajuk utama - Ubuntu Untuk Batch 23. Di sini aku menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk kita sama-sama beralih angin daripada menggunakan Microsoft Windows(lanun punye) kepada sebuah sistem pengoperasian sumber terbuka yang sedang meningkat popular - Ubuntu.

Aku tau la korang suka pakai Windows tapi sampai bila kita nak bergantung kepada Windows je. Dahla pakai yang x ori. Tu kan satu jenayah. Baik kita ramai-ramai pakai Ubuntu - free, stable n best!






Hasrol : Apa Ubuntu tu Bib? Hang merepek apa ni?
Bib : Haaa... Tu la hang Alol. Apa pon tak tau. Ubuntu ni satu operating system berasakan linux. Ubuntu ni open source, so bermakna dia ni free. Ang toksah dok kalut nak pi bayaq 1 sen pon.(bak kata Ace).
Pojie : Macam menarik. Tapi apa kelebihan Ubuntu ni berbanding Tingkap 7 yang aku guna sekarang ni?
Bib : Banyak kot kelebihan dia. Ang x perlukan high-end computer kalau nak pakai Ubuntu ni. Single core processor + 256MB RAM + Graphic card biasa pon dah cukup. Ubuntu ni fully customizeable pulak tu. Kalau ang try CompizComfigFusion dia, ang macam x percaya je yang Ubuntu ni free of charge.

Ikmal : Aku dah try dah la. Tapi aku tak boleh nak install Photoshop pulak. Menyirap aku. Malasla nak guna.
Bib : Apa pulak. Ang yang tak reti install. Ada cara dia kot. Try la kat Gooooogle. Lagipon aku rase pakai GIMP yang built-in tu pon dah cukup. Ang kan pro. Hahahaha.





Dah la kome. Penat aku jawab soklan merapu korang ni. Sebenarnya banyak lagi yang korang perlu tau pasal Ubuntu ni. Dan kepada yang ingin mula berjinak-jinak pakai Ubuntu ni, boleh la buat dual-boot dgn Windows sekali. It's worth trying! Sumpah tak gebang. Ok lah, aku rase korang pon dah mengantuk baca post aku ni(bdk x reti post). Nanti free aku cerita lagi. Assalamualaikum.

P/S : Kepada yang berminat cuba la dulu n jangan lupa tinggalkan komen.

Maklumat lanjut boleh didapati di :
1. Goooooole
2. Ubuntu.com
3. Ubuntu.com.my
4. Melayubuntu.blogspot.com
5. IRC (Freenode->#ubuntu-my)

May 3, 2010

2 tahunberlalu: Renovasi dan Revolusi SERATAS(bahagian 1)


Assalamualaikum legasi 23rd

Sebagai author berkelas amatur dan mentah, ini nukilan pertama gua di papan entri blog 23rd. Ampun di atas penggunaan kata ganti diri pertama yang agak kasar iaitu "gua".

Setelah semua bertandang ke sekolah pada hari keputusan SPM, gua konfiden yang ramai antara kita yang tak menjengah SERATAS langsung dah. Bukan maksud gua yang anda tidak berpijak di bumi nyata atau kacang lupakan kulit, gua tahu yang ramai barisan ahli batch kita sedang bersiap nak merasa terbang bersama pesawat Airbus MAS tak lama lagi ke negeri orang. Ramai yang berhasrat menabur bakti kepada generasi masa depan di atas bangku guru. Ada yang memilih landasan Matrikulasi sbg fast-track ke alam ijazah. Dan ada yang beralih arah dari haluan sains ke bidang yang lain. Syabbas kepada kalian. Gua masih berpegang pada qada dan qadar dalam takdir yang berlaku. Sebagai pedoman, di mana pun kita, Allah Azza Wajalla yang memberi kita rezeki.

****************************

Dalam kiraan 7 hari yang lepas, gua, asyril minhat, syafiq mustafa, raja sauqi, dan aizat fahmi kembali ke SERATAS. Disambut sebagai label ALUMNI SERATAS, kami dijemput makan bersama Cikgu Hamidah di dewan makan. Diskusi itu serba sedikit menyingkap perubahan di sekolah ini.

Untuk bahagian 1, Renovasi dan Revolusi gua tafsir dari sisi fizikal sekolah .

Penambahan Infrastruktur Berkelas Dunia


i. Blok pentadbiran baru sedang rancak diselenggara oleh buruh buruh PATI dan final touch-up termasuk wiring bakal dilakukan tak lama lagi. Lepas ni, kalau nak bertemu Puan Rahimah, sila ke blok hadapan gimnasium. Derapan hasrat Puan RAHIMAH meng-upgrade level kualiti infrastruktur sekolah dan menambah blok baharu hampir sempurna.Namun, Court basketball hadapan gimnasium telah hilang dari peta SERATAS. tiada lagi terdengar suara mr Goh dan mrs nya disitu setiap petang.Tak hairanlah pasukan basketball kita tewas pd HKSBP yang lepas.

kebaikan : cikgu cikgu dapat bilik guru baru kerana penempatan bilik guru sedia ada memang mampat
keburukan : Puan Rahimah dapat bilik baru

ii. Makmal Komputer baru dibina berkoordinasi di tepi tandas perempuan 'histeria' dan longitud di hadapan bengkel kemahiran hidup. Dengan garapan rekaan gabungan elemen moden sebagai asas rekabentuknya menampakkan kemajuan teknologi komputer SERATAS bukan bertaraf kampung lagi. Makmal usang lama bersebelahan Lab Kimia akan dinyahaktifkan selepas semua komputer di pindah ke makmal baru.

kebaikan : sir noranuar dapat tempat jajahan baru
keburukan : budaya facebook semakin berleluasa

iii. Lima tahun di SERATAS, time kita dulu bertumbuk tumbuk nak cari port yang rasa deruan angin kipas tatkala masuk ke dewan besar. Sekarang , hasil dari King Azlan kita meberikan full support untuk memasang berbelas biji Air-conditioneryang bersaiz gigantik di dewan besar. Masuk ke dewan besar seperti berada di hadapan pintu masuk Taiping Sentral.

kebaikan : tidak berpeluh ketika bermain badminton petang petang
keburukan : SERATAS menjadi penyumbang dominan kepada fenomena global warming di taiping

iv. Penambahan kandang besi di asrama cukup menarik perhatian. Keempat empat tangga di asrama lelaki dilengkapi kandang besi bagi mengawal kebuasan penghuni di dalamnya. Lepas ni, sesiapa yang berminat menjadi 'burung hantu', level skill dalam agiliti, kepintaran dan agrresif perlu dimaksimakan. Keadaan di asrama kaum hawa belum sempat gua tinjau kerana gua lelaki.tiada hormon oestrogen dirembes dalam tubuh gua.

Kebaikan : Bertambahnya tugas warden untuk mengunci pagar keempat empat tangga dan kurangnya gejala warden makan elaun buta
Keburukan : Kalau berlaku kebakaran seperti tragedi 'Ain' sewaktu kita di tingkatan dua, semua pelajar bakal hangus kerana terkunci di dalam kandang besi

v. Kesempitan dan kepadatan puteri kita bakal berakhir tidak lama lagi. Blok asrama baharu 4 tingkat memang menjadi petanda student puteri kita bakal bercambah lebih ramai dari yang sebelum. Kaum adam perlu bersiap sedia menerima kenyataan ratio lelaki dan wanita di SERATAS selepas ini akan menjadi 50 : 50. Buktinya, pengambilan pelajar tingkatan 4 baru sesi 2010 seramai 120 orang. 100 daripada nya bertudung dan tidak berhalkum. Hatta gua tersedar, memang dunia dah akhir zaman. Total bilangan perempuan lebih dari lelaki.

Kebaikan : Terdapat variasi bagi lelaki memilih pasangan
Keburukan : Berkapelan akan menjadi budaya dan kes tangkap syahwat mendadak naik

vi. Semua orang kenal sekolah kita dengan label 'Sekolah depan Zoo'. Situasi sekolah kita selama ini memang mesra alam. Beraneka haiwan menjadikan ruang legar sekolah sebagai tapak bermain. Binatang yang halal mahupun yang haramcheck-in melalui pagar rapuh sekeliling sekolah kita. Alert dengan permasalahan itu, pagar di tepi tepi padang besar telah naik level kepada pagar yang lebih ampuh. Selepas ini, sang khinzir rimba perlu lebih kreatif untuk melepasi pagar demi menyondol tanah padang kita yang sememangnya bertaraf world cup.

Kebaikan : Sukan Tahunan berjalan dengan lancar tanpa ada pelari balapan yang terjelepuk berpunca daripada kondisi padang yang rosak
Keburukan : Kurangnya tugas pekebun mencuci najis haiwan liar



notakaki : 1) Informasi terbaru gua dapat dari Yusri, tingakatan empat ada lapan kelas.
2) Fakta baru gua dengar dari mulut Cikgu Azizah, Puan Rahimah sedang happy happy bercuti ke China. "Cilaka",monolg hati gua



*Bakal bersambung
2 tahunberlalu: Renovasi dan Revolusi SERATAS(bahgian 2)
topik : Rombakan kehidupan pelajar.Mana Budaya dan Tradisi lama kita?


Iklan tajaan PETRONAS

Gambar Retro Helang 04 -08