Pages

June 11, 2013

WAK SEMAN



Baru lepas usha video-video lama wak seman. Pergh. Sakit perut aku gelak. Takdan aku nak tarik nafas. Apa2 pun, dalam dok gelak2 tu, aku teringat kat semua budak batch23. Pahit manis semua ada la. Apa habaq depa semua la ni. Harap-harap semua sihat-sihat belaka. Nak kontek semua payah. Kdg2 nak chat kat FB takut mengacau. Ya la, masing2 dah sibuk. Tp nak buat mcm mana. Kenangan ja la yang boleh mengubat jiwa. Nasib baik ada Detektif Wak Seman. In b4,

(Rima Dikir barat)
Wak seman... Wak seman...
Wak seman yang hebat!!!!

sobs... :'(
the good old days...
#ninja cutting onions nearby


October 29, 2012

SEGELAS AIR


Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita. 
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

September 17, 2012

MERENTAS EMPAT TAHUN LAGI

Kini hampir 4 tahun berlalu sejak kita Batch 23 meninggalkan SERATAS tercinta dahulu. Macam-macam perkara dah berlaku, macam-macam benda dah berubah.

Kebanyakan kita masih lagi belajar di institut masing-masing, segelintir yang lain pula telah pun bekerja, malah ada juga antara kita yang sudah berkahwin, atau sekurang-kurangnya hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk berumahtangga. Tak dinafikan juga ramai yang dah semakin gemuk, semakin boroi, semakin hensem, semakin cantik dan semakin comel. Sepanjang empat tahun yang berlalu ini setiap daripada kita sebenarnya sedang mencipta sejarah hidup masing-masing.


Kita takkan dapat meramal apa yang bakal berlaku dalam empat tahun lagi. Ada antara kita yang ketika empat tahun dulu memang jarang bertegur sapa, tetapi hari ini mereka semakin rapat semakin erat. Empat tahun akan datang, entah bagaimanalah pula kan.

Sepanjang empat tahun ini, jarak sememangnya memainkan peranan penting dalam perhubungan kita. Pada suatu sudut, jarak yang jauh sememangnya menjauhkan perhubungan kita. Pada sudut lain pula, jarak yang jauh ini pula sebenarnya pengerat hubungan secara tersirat. Saya tak tahu apa yang orang lain rasa, tapi apa yang saya rasakan ini bukanlah suatu nukilan kata semata-mata, sebaliknya ia terbit dari hati.

Hakikatnya manusia itu saling memerlukan. Macam yang saya kata, kita takkan dapat ramal apa yang bakal berlaku dalam empat tahun lagi. Pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Tapi apa yang pasti, setiap dari kita semua ‘takkan dapat lari’ antara satu sama lain. Ya, takkan dapat lari.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang suka supaya diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silaturahim." (Hadis riwayat al-Bukhari)
InsyaAllah kita panjang umur, kita mampu hidup sampai tahun 2016. Ketika itu, insyaAllah masing-masing sudah bekerja dan berkerjaya. Ada yang sudah jadi jurutera, ada yang bertugas sebagai doctor, sebagai peguam, malah sebagai ahli saintis! Manakala yang lain pula ada yang sudah punya syarikat perniagaan sendiri, sesetengah dari kita begitu terkenal sebagai eksekutif dan perunding professional dalam bidang dakwah, siaran hiburan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, semuanya sudah berjaya dengan jayanya.


Namun setiap manusia pasti ada batas dan limitnya. Kita mungkin hebat dalam karier kita, tapi dalam sudut yang lain kita tersangatlah lemah dan daif. Ketika itu lah kita perlukan bantuan rakan-rakan lain untuk menampung kelemahan itu.

Sebagai contoh, saya sebagai senior engineer di Petronas (insyaAllah), apabila saya atau keluarga saya sakit, saya tidak dapat menggunakan keupayaan saya dalam kejuruteraan untuk merawat diri saya atau keluarga saya. Nak tak nak, saya perlukan bantuan pakar, seorang doktor. Dan ketika itu lah, (mana tahu) doktor yang boleh merawat saya ialah Dr Luqman Hakim, ataupun Dr Raja Sauqi, ataupun Dr Bone. Begitu juga mereka, akan ada ketikanya mereka juga memerlukan sesuatu di luar kemampuan kedoktoran mereka, dan (jika diizinkan Allah) kita rakan-rakan yang lain ini lah yang akan bekerjasama membantu mereka.

Inilah yang saya maksudkan. Manusia hidup sememangnya dalam keadaan saling memerlukan, saling melengkapi antara satu sama lain. Hari ini mungkin kita langsung tak hiraukan seseorang rakan kita kerana kita tidak nampak kepentingan dia dalam hidup kita sekarang. Tapi siapa tahu, suatu hari nanti, (jika diizinkan Allah) dia lah orangnya yang akan memainkan peranan besar dalam hidup kita empat tahun akan datang. Wallahualam. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Oleh itu pesan saya, sama-samalah kita menjaga perhubungan antara kita yang telah terbina sejak lapan tahun lalu. Jaga elok-elok, masing-masing cuba eratkan jika ada peluang. Gathering, reunion, jamuan, dan sebagainya, semua itu elok untuk memastikan tali persahabatan kita tidak putus atau pudar ditelan masa.

Tapi jangan pula kita menjaga hubungan ini hanya kerana mengharapkan sesuatu kebaikan darinya semata-mata, kerana seperti kata hikmah; sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar(mengharap) sebarang kebaikan daripada sahabatnya yang lain.

Jagalah hubungan kita ini ikhlas kerana Allah, kerana Dia telah pun berfirman;
"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 1)
Sampai sini dahulu nukilan daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaflah kalau terlalu skema, sebenarnya cuma nak bangkitkan feeling saja. Haha. Apa pun saya harap kita semua dapat menghadam mesej yang cuba saya sampaikan ini. Semoga ukhuwwah yang dibina terus terjalin dengan erat dan sejati.


"If SERATAS brought us together, it doesn’t mean only SERATAS can make our brotherhood forever. No matter where we are, what are we doing, do support each other. Because brothers are always like that." (Anonymous, 2012)

August 12, 2012

Majlis Iftar 2012


Alhamdulillah semalam, 11 Ogos 2012 telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama rakan-rakan di Restoran Wan Seafood 2. Ketibaan seawal jam 6.45 petang, namun menjelang 7.15 petang kemudiannya barulah semakin ramai yang menghadirkan diri. Jumlah yang hadir hampir 20 orang semuanya. Masing-masing kelihatan agak malu-malu awalnya, namun setelah tenaga di-recharge dengan jamuan makan yang menyelerakan, rata-rata mula bergurau-senda dan beramah-mesra.

Seusai solat dan pabila makanan mula surut di meja, sesi bergambar diriuhkan dengan pelbagai aksi dari rakan-rakan yang lama tidak bersua muka. Majlis diserikan lagi dengan ucapan dari Adzlan Syazni selaku ketua batch 2008, seterusnya diikuti dengan ucapan dari sahabat-sahabat lain. Terima kasih buat Husna, Hazwanie dan Nurul Ain atas usaha menganjurkan majlis begini. Diharapkan ukhwah terus berkekalan dan semangat Seratas 23 terus utuh. Ramadan Kareem dan Salam Aidilfitri dari semua.

Sekian,
Farah Aziz

Untuk lebih gambar lihat di sini.


February 19, 2012

Masihkah kau ingat?




Masihkah anda-anda semua ingat kehebatan rumah Garuda zaman kita muda-muda dahulu. Kah3, saja aku nak bagi panas budak-budak rumah lain. Maaf tadi aku baru lepas korek mengorek folder gambar yang aku simpan dari dulu sampai berhabuk tak pernah bukak. Dan terjumpa lah memori ini yang memang menjadi kenangan sampai akhir hayat.

Haa, tengok tu betapa hensem nye ketua rumah Garuda berdiri di sebelah trofi yang besar, dengan riak dan bangganya. Kah3, kesian si Akim, Shah dan Yob yang sedih melihat gambar ini. Maaf la yer. Jadi muda datang balik sekolah tebus balik.

Niat aku saja je nak post gambar-gambar ni, niat nak panaskan hati tu ada la sikit. Apapun tahniah pada rumah Enggang yang menang tarik tali tahun tu, sebab ramai budak-budak besar dari rumah tu, mana la kitorang yang tulang-tulang dapat lawan, tapi Alhamdulillah ada fight kira syukur dah la. 

Kepada kawan-kawan dari rumah yang lain, terima kasih tak terhingga atas usaha korang semua dahulu yang buatkan ramai antara kita tak akan dapat lupa kenangan yang manis. Bak kata Shila Amzah, 

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa.


Salam sayang, 
John_10