Pages

ABOUT US

Batch 23 merupakan generasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS) yang ke-23. Batch 23 diwakili oleh 148 orang; 97 putera dan 51 puteri. 

Perjalanan hidup sebagai Batch 23 bermula pada 7hb Januari 2004, tarikh keramat yang menyaksikan para putera dan puteri datang dari tempat yang berlainan, menuju ke satu destinasi-SERATAS. Sejak hari pertama, putera puteri Batch 23 telah mula mengikat jalinan ukhuwah yang semakin hari dilihat semakin utuh. Pelbagai kisah suka duka mewarnai Batch 23. Pahit manis sama dirasa. Seratas menjadi ibarat sebuah rumah yang menyatukan kami semua sebagai sebuah famili. 


Pada tahun 2007, empayar 23 Seratas dikembangkan lagi dengan kehadiran putera puteri baru ke sini. Persahabatan yang terbina kian teguh. Dari aspek akademik,disiplin dan kokurikulum, kami berusaha sedaya upaya mencipta sejarah untuk mengharumkan nama sekolah. Berjuang dan terus berjuang. Hinggalah pada 2 Disember 2008, kami terpaksa berpisah dan meninggalkan Seratas bumi tercinta. Segala kenangan dan memori kini pasti tersemat dalam hati setiap dari kami. 


Perpisahan itu adat pertemuan, tapi sesuatu yang pasti perpisahan ini takkan pernah memutuskan persahabatan antara kami. Kini, kami sedang melanjutkan pelajaran di universiti/kolej masing-masing demi menggapai cita-cita dan harapan ibu ayah. Meskipun bukan lagi belajar bersama, ukhuwah ini tak putus kerana kami sentiasa berhubung dengan bantuan teknologi terkini seperti facebook, blog, dan sebagainya. Malah hampir setiap bulan pasti ada gathering yang dianjurkan antara budak-budak Batch 23. Gelak tawa pahit manis semuanya kami sama rasai. Semoga ukhuwah ini kekal berpanjangan dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya.