Pages

May 3, 2010

2 tahunberlalu: Renovasi dan Revolusi SERATAS(bahagian 1)


Assalamualaikum legasi 23rd

Sebagai author berkelas amatur dan mentah, ini nukilan pertama gua di papan entri blog 23rd. Ampun di atas penggunaan kata ganti diri pertama yang agak kasar iaitu "gua".

Setelah semua bertandang ke sekolah pada hari keputusan SPM, gua konfiden yang ramai antara kita yang tak menjengah SERATAS langsung dah. Bukan maksud gua yang anda tidak berpijak di bumi nyata atau kacang lupakan kulit, gua tahu yang ramai barisan ahli batch kita sedang bersiap nak merasa terbang bersama pesawat Airbus MAS tak lama lagi ke negeri orang. Ramai yang berhasrat menabur bakti kepada generasi masa depan di atas bangku guru. Ada yang memilih landasan Matrikulasi sbg fast-track ke alam ijazah. Dan ada yang beralih arah dari haluan sains ke bidang yang lain. Syabbas kepada kalian. Gua masih berpegang pada qada dan qadar dalam takdir yang berlaku. Sebagai pedoman, di mana pun kita, Allah Azza Wajalla yang memberi kita rezeki.

****************************

Dalam kiraan 7 hari yang lepas, gua, asyril minhat, syafiq mustafa, raja sauqi, dan aizat fahmi kembali ke SERATAS. Disambut sebagai label ALUMNI SERATAS, kami dijemput makan bersama Cikgu Hamidah di dewan makan. Diskusi itu serba sedikit menyingkap perubahan di sekolah ini.

Untuk bahagian 1, Renovasi dan Revolusi gua tafsir dari sisi fizikal sekolah .

Penambahan Infrastruktur Berkelas Dunia


i. Blok pentadbiran baru sedang rancak diselenggara oleh buruh buruh PATI dan final touch-up termasuk wiring bakal dilakukan tak lama lagi. Lepas ni, kalau nak bertemu Puan Rahimah, sila ke blok hadapan gimnasium. Derapan hasrat Puan RAHIMAH meng-upgrade level kualiti infrastruktur sekolah dan menambah blok baharu hampir sempurna.Namun, Court basketball hadapan gimnasium telah hilang dari peta SERATAS. tiada lagi terdengar suara mr Goh dan mrs nya disitu setiap petang.Tak hairanlah pasukan basketball kita tewas pd HKSBP yang lepas.

kebaikan : cikgu cikgu dapat bilik guru baru kerana penempatan bilik guru sedia ada memang mampat
keburukan : Puan Rahimah dapat bilik baru

ii. Makmal Komputer baru dibina berkoordinasi di tepi tandas perempuan 'histeria' dan longitud di hadapan bengkel kemahiran hidup. Dengan garapan rekaan gabungan elemen moden sebagai asas rekabentuknya menampakkan kemajuan teknologi komputer SERATAS bukan bertaraf kampung lagi. Makmal usang lama bersebelahan Lab Kimia akan dinyahaktifkan selepas semua komputer di pindah ke makmal baru.

kebaikan : sir noranuar dapat tempat jajahan baru
keburukan : budaya facebook semakin berleluasa

iii. Lima tahun di SERATAS, time kita dulu bertumbuk tumbuk nak cari port yang rasa deruan angin kipas tatkala masuk ke dewan besar. Sekarang , hasil dari King Azlan kita meberikan full support untuk memasang berbelas biji Air-conditioneryang bersaiz gigantik di dewan besar. Masuk ke dewan besar seperti berada di hadapan pintu masuk Taiping Sentral.

kebaikan : tidak berpeluh ketika bermain badminton petang petang
keburukan : SERATAS menjadi penyumbang dominan kepada fenomena global warming di taiping

iv. Penambahan kandang besi di asrama cukup menarik perhatian. Keempat empat tangga di asrama lelaki dilengkapi kandang besi bagi mengawal kebuasan penghuni di dalamnya. Lepas ni, sesiapa yang berminat menjadi 'burung hantu', level skill dalam agiliti, kepintaran dan agrresif perlu dimaksimakan. Keadaan di asrama kaum hawa belum sempat gua tinjau kerana gua lelaki.tiada hormon oestrogen dirembes dalam tubuh gua.

Kebaikan : Bertambahnya tugas warden untuk mengunci pagar keempat empat tangga dan kurangnya gejala warden makan elaun buta
Keburukan : Kalau berlaku kebakaran seperti tragedi 'Ain' sewaktu kita di tingkatan dua, semua pelajar bakal hangus kerana terkunci di dalam kandang besi

v. Kesempitan dan kepadatan puteri kita bakal berakhir tidak lama lagi. Blok asrama baharu 4 tingkat memang menjadi petanda student puteri kita bakal bercambah lebih ramai dari yang sebelum. Kaum adam perlu bersiap sedia menerima kenyataan ratio lelaki dan wanita di SERATAS selepas ini akan menjadi 50 : 50. Buktinya, pengambilan pelajar tingkatan 4 baru sesi 2010 seramai 120 orang. 100 daripada nya bertudung dan tidak berhalkum. Hatta gua tersedar, memang dunia dah akhir zaman. Total bilangan perempuan lebih dari lelaki.

Kebaikan : Terdapat variasi bagi lelaki memilih pasangan
Keburukan : Berkapelan akan menjadi budaya dan kes tangkap syahwat mendadak naik

vi. Semua orang kenal sekolah kita dengan label 'Sekolah depan Zoo'. Situasi sekolah kita selama ini memang mesra alam. Beraneka haiwan menjadikan ruang legar sekolah sebagai tapak bermain. Binatang yang halal mahupun yang haramcheck-in melalui pagar rapuh sekeliling sekolah kita. Alert dengan permasalahan itu, pagar di tepi tepi padang besar telah naik level kepada pagar yang lebih ampuh. Selepas ini, sang khinzir rimba perlu lebih kreatif untuk melepasi pagar demi menyondol tanah padang kita yang sememangnya bertaraf world cup.

Kebaikan : Sukan Tahunan berjalan dengan lancar tanpa ada pelari balapan yang terjelepuk berpunca daripada kondisi padang yang rosak
Keburukan : Kurangnya tugas pekebun mencuci najis haiwan liar



notakaki : 1) Informasi terbaru gua dapat dari Yusri, tingakatan empat ada lapan kelas.
2) Fakta baru gua dengar dari mulut Cikgu Azizah, Puan Rahimah sedang happy happy bercuti ke China. "Cilaka",monolg hati gua



*Bakal bersambung
2 tahunberlalu: Renovasi dan Revolusi SERATAS(bahgian 2)
topik : Rombakan kehidupan pelajar.Mana Budaya dan Tradisi lama kita?


Iklan tajaan PETRONAS

Gambar Retro Helang 04 -08

16 , 023 legendary comments?:

Izzat Iskandar said...

bilik muzik dibesarkan

Muhamad A Halim said...

tu ak tak amek tau..
renovasi blek muzik tak bg impak kpd sumer dak seratas
juz to member of royal rapsody je yang terasa

ADZLAN SYAZNI said...

Sape taw mane 'Ain' tu..
nk panggil die utk reunion!
hahahaha!

Muhamad A Halim said...

bakar tilam?

ziesya zulkifli said...

bakar bilik pn rahimah

Izzat Iskandar said...

kuang asam mad, dah keluar skolah pn nak racist dgn royal rhapsody ke,hahaha..
ada impak dowh, budak2 belajar pendidikan seni ada aircond skarang

biborn said...

abesla water kaler kering nti..
hahahaa..
x...
sbenanye beku!
hmmm..
x sangka skola kite dah byk berubah..
tp mad, lau rahimah jumpe blog nie abesla ang...

sweetcherrypie said...

ooopsss...bwt private batch kte jek bleyh bce...klu x t hangus mad weyh

sweetcherrypie said...

nk puji mad...cye lar ltk gmbr helang!!!!laen kali ltk gurls skali...=)

Muhamad A Halim said...

ijat : bukan niat beracist..haha..ok2..powerlah bilik muzik!

bib : haha..lain kali dtg jenguk skola..rahimah?ahh..tak cuak

una : ahahaha..cpt..gtaw kt admin suro private!yep2..xde pic helang's gurl kt ak..

biborn said...

tipu r mad xde gambar dak pompuan..
huh!

@lfiangostAngels said...

artikel yg sgt menarik~haha
keep it up~

biborn said...

diamla gosti gemok!

fitrah hanim said...

una: pic gurlz helang kat ak la..

biborn said...

fit: x tanye pown!
hahaha

Anonymous said...

una.. no helang2.. xd puak2 sukan.. =)

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment