February 19, 2012

Masihkah kau ingat?




Masihkah anda-anda semua ingat kehebatan rumah Garuda zaman kita muda-muda dahulu. Kah3, saja aku nak bagi panas budak-budak rumah lain. Maaf tadi aku baru lepas korek mengorek folder gambar yang aku simpan dari dulu sampai berhabuk tak pernah bukak. Dan terjumpa lah memori ini yang memang menjadi kenangan sampai akhir hayat.

Haa, tengok tu betapa hensem nye ketua rumah Garuda berdiri di sebelah trofi yang besar, dengan riak dan bangganya. Kah3, kesian si Akim, Shah dan Yob yang sedih melihat gambar ini. Maaf la yer. Jadi muda datang balik sekolah tebus balik.

Niat aku saja je nak post gambar-gambar ni, niat nak panaskan hati tu ada la sikit. Apapun tahniah pada rumah Enggang yang menang tarik tali tahun tu, sebab ramai budak-budak besar dari rumah tu, mana la kitorang yang tulang-tulang dapat lawan, tapi Alhamdulillah ada fight kira syukur dah la. 

Kepada kawan-kawan dari rumah yang lain, terima kasih tak terhingga atas usaha korang semua dahulu yang buatkan ramai antara kita tak akan dapat lupa kenangan yang manis. Bak kata Shila Amzah, 

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa.


Salam sayang, 
John_10



February 16, 2012

Gathering Pertama 2012

Bolasepak Batch 23


Antara yang hadir

Gambar wajib

Salam member-member batch yang dikasihi,
Apa khabar semua? Harap sihat sentiasa. Ni haa nak share sikit info pasal gathering secara kecil-kecilan yang sempat dihadiri oleh kawan-kawan yang free, bercuti dan masih meluangkan masa bersama. Dalam gambar ni cuma sebahagian yang hadir, nanti aku tambah gambar sebab kena mintak belas ihsan Amzar @ Abu.

Walau jauh mana pun kita belajar, walau tinggi mana pun ilmu kita, kita tetap akan kenang tempat di mana asal usul kita bermula. Kata orang tua, tanah tumpah darahku. Err, betul ke? Macam Harimau Malaya ler pulak. Maklumlah SPM biasa-biasa. So gathering kali ni telah diadakan pada hari Jumaat (lepas solat) 10 Februari 2012 hingga keesokan harinya. Walaupun banyak halangan angin timur barat berpunca daripada Penolong Kanan HEM yang tak boleh tolak ansur langsung, gathering dapat terus dijalankan dengan bantuan Tuan Haji Abdul Rahim dan Cikgu Ismail.

Antara aktiviti yang kami jalankan ialah:
  • Bola sepak persahabatan antara Old Boys VS Seratas U18 (Menang-kan dorang 6-0)
  • Short Talk oleh saudara Ustaz Yusof Badaruddin.
  • Makan malam berjemaah
  • Open story sampai pagi
Walaupun yang datang tak cukup 100 orang, tapi ke-enjoy-an kami tak dapat digambarkan, korang semua kena join baru merasa macam mana. Sedar tak sedar dekat 5 tahun kita dah meninggalkan Seratas, tapi kenangan lampau, cerita suka duka tak luput dari ingatan.

Satu harapan aku sebelum habis entry ni, aku berharap satu hari kita dapat gather beramai-ramai lelaki dan perempuan, sebab ukhwah tu kan satu ibadah. Bukan suruh kita buat benda tak elok, yang perempuan boleh datang sekolah bimbing adik-adik junior mana yang salah, jadikan yang betul. Kalau nak buat aktiviti, bola jaring pun boleh. Ni tengok geng-geng perempuan macam diam slow tanpa berita. Yang lelaki boleh tambah lagi bilangan bila kita buat gather.

Apa-apa info gather boleh refer dekat group batch 23 di facebook. Maap ler entry skema. Aku dah lama tak menulis blog. Tulis buku pn dah takde. Salam ukhwah untuk semua. 

Assalamualaikum,
John_10

*Gambar credit to Amzar Azhar dan Amirul Ariff*