January 31, 2012

31 januari 2007

5 tahun lepas, tarikh yg sama aku masuk seratas ni. first time kena tinggal kat asrama. selama ni sedap2 je dok kat umah, balik sekolah je bukak tudung saji, mak dah siap masak. sambil makan siap tengok sinetron lagi. ulang alik sekolah pun bapak yg datang jemput.

jadi, bila kena dok asrama ni memang dah macam2 otak aku fikir.
'masuk sini nanti mesti kena buli suruh basuh kain la, iron baju la..'
'pastu memikir mesti muka senior bengis2. ggrrr!!'

pukul 5 pagi aku dah gerak dari rumah, singgah tanjung karang sembahyang subuh. mata pun dah bengkak2 sebab banyak sangat nangis. malam sebelum tu, lebih 10 ringgit jugak la kredit habis dok telefon member2 sekolah yg rapat.

pagi tu singgah sarapan kat teluk intan. sampai kat seratas pun dah dekat tengah hari. bapak aku bawak kereta slow je sebab banyak lori. lagipun tak expert lagi jalan nak ke taiping. aku pulak sikit2 suruh berhenti sebab nak muntah.

sampai je kat seratas terus pergi daftar. dapat masuk kelas 4z. aku tak amek port sangat sebab aku tengah mabuk masa ni. mabuk sebab dah lama tak jalan jauh macam ni. jadi, bapak aku la uruskan semuanya. yang aku ingat time ni semua pakai baju unit uniform. aku ingat budak sekolah ni memang rajin pakai uniform tu tapi rupa2nya memang wajib kena pakai hari rabu. ceh!

lepas daftar, dibawak aku pergi asrama. aku ingat lagi time tu arifah yang sambut aku. tolong aku angkat beg pi naik dorm aku e2-2. sampai je kat dorm, dalam hati aku cakap 'ohh..ini rupanya dorm'. tapi time aku masuk tu diorang cakap budak2 form 4 dorm aku semua takde. semua balik rumah. kes histeria katanya.

sebab tak pernah dok kat asrama, aku pun tak tau la rupa2nya kalau dok asrama ni kena ada banyak baju kurung. time tu aku bawak 2 pasang je. terpaksa la pinjam kat ilmi sepasang, kat fatin asyura sepasang. nasib diorang bawak baju lebih. korang kenal lagi tak kat diorng ni???

lepas zohor, mak bapak aku dah siap2 nak balik dah. aku dah sebak dah sebab tak pernah pisah jauh macam ni. mak aku dah sound awal2 jangan nangis. aku memang tak nangis la time peluk2 mak aku tapi bila diorang dah masuk kereta, aku dah start meleleh dah air mata ni. wuwuwuwu~ masa peluk2 mak aku tu aku tak nangis sebab takut kena marah ngan mak aku.

petang tu, budak2 batch bawak kitorang yg baru masuk ni jalan2 kat kawasan sekolah. tempat yg paling aku nak tau sekali adalah......rahsia. hehee~






p/s : esok aku sambung bebel lagi boleh ka?? ada perjumpaan rumah sukan la ni..
;)