Pages

July 31, 2011

Puasa 2004-2008.

Puasa hari ini takkan pernah sama dengan puasa semalam kita di Seratas sebab :

1. Dulu time puasa, ramai yang gemar ke tandas sewaktu di asrama bersama.

2. Dulu bajet terawih sama sama, padahal port dekat belakang tidur tak pon sambung makan kebab Bib jual.

3. Dulu lepas prep semangat pegi kantin tong tong duit beli lauk tambah sebab dewan makan menu berbuka Ikan Kulit Biawak.

4. Dulu waktu puasa pertama, dalam kelas dah mula pasang kuat kuat lagu raya.

5. Dulu berbuka sama sama dekat dewan makan, sekarang berbuka ikut suka hampa.

6. Dulu time berbuka, datang 6.45 komfem dah cawan tak cukup sebab masing masing ambik 3 cawan sorok bawah meja.

7. Dulu time sahur, dalam sebulan 5 kali turun dewan makan, tu pon sebab ayam.

8. Dulu time sahur ada yang turun semata mata nak tengok muka muka awek cun baru bangun tidur, makan tak pon.

9. Dulu malam malam Asrama Lelaki jadi medan peperangan. Sir Rahim datang semua menyorok dalam loker, bawah katil.

10. Dulu time puasa, surau penuh sebab siapa tak tadarus kena hantar nama dekat Sir Rahim.

11. Dulu time puasa, asrama perempuan selalu penuh. Kemungkinan ramai pula yang datang bulan?

12. Suasana seminggu sebelum BBM nak raya meriah dia takkan boleh lawan dengan sekarang. Masing masing excited terok.

13. Beli baju raya beli nak setting sama dengan couple kononnya.

14. Pegi Bazaar ramadan belakang Stesen Bas jamu nafsu.

15. ( Kongsi apa yang anda rasa )

16. ( Kongsi apa yang anda rasa )
.
.
.
.
.
.
.
( Kongsi apa yang anda rasa )



Saya, Muhamad Bin Abdul Halim, ahli biasa yang sayangkan Batch 23 ingin mengucapkan, " Selamat berpuasa 30hari kepada lelaki, Selamat berpuasa selagi boleh kepada perempuan ".

July 30, 2011

EVERY SILVER LINING HAS ITS CLOUD

Kebelakangan ini sangat ramai member yang bercuti. Ada yang cuti dari bulan Januari 2011 sampai Jun 2011, ada yang cuti dari bulan April 2011 hingga September 2011, dan ada juga yang bakal cuti dari bulan September 2011 sampai Januari 2012. Pendek kata setiap bulan mesti ada budak batch 23 yang sedang bercuti.

Sepanjang tempoh percutian ini, macam-macam jenis gathering telah dianjurkan. Dalam pengetahuan aku lah, ada gathering yang buat kat Ipoh, ada yang trip ke Penang, ada yang buat di KL, ada yang buat kat Bukit Larut, dan terbaru mini-reunion Batch 23 di SERATAS, Taiping. Walaupun tak semua ahli Batch 23 dapat berkumpul bersama, tapi gathering-gathering yang diadakan ini sedikit sebanyak melepaskan rindu kita antara satu sama lain.

Gathering yang kita buat takkan terhenti. Aku yakin gathering ini akan berterusan sampai ke tua. Kita masing-masing ada hala tuju sendiri, tapi yang best nya bila berkumpul ialah umpama tiada apa yang berubah, perangai lebih kurang macam dulu je. Malah makin mesra dan ceria. Hahaha! Baguslah, walau kita kini belajar di lain tempat, kita tak lupa dengan siapa kita membesar tika muda ramaja dulu.

InsyaAllah, selepas ini akan ada gathering untuk bukak puasa pulak, kemudian gathering time hari raya pulak, dan bermacam-macam lagi gathering akan menyusul. Jika dirancang dengan baik, pasti ramai yang dapat datang dan gathering ini dah tentu seronok serta dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seperti gathering di Seratas baru-baru ini, budak-budak Batch 23 bukan sahaja dapat berkumpul, tetapi dapat menginap di asrama Seratas dan buat perlawanan persahabatan dengan pasukan Under 18 Seratas. Untuk pengetahuan, kita 'menang' besar dengan mereka kerana rupa-rupanya stamina pemain-pemain Batch 23 'sangat hebat' umpama harimau mengejar mangsanya...hehe!

Blog ini dalam proses kemaskini dan pembaharuan, sesiapa yang ingin turut serta menjadi moderator blog ini boleh roger aku, bakti anda sangat diperlukan. InsyaAllah nanti kita dapat lihat blog ini kemas lengkap dengan galeri dan hala tuju masing-masing di universiti. By the way, seseorang telah mendesgin sebuah logo untuk batch kita. Apa pendapat anda? Kalau ok kita jadikan ia official logo, kalau tak kita boleh ubah.


Kini Batch 23 semakin aktif berhubung di facebook, so segala rancangan dan berita terbaru kita boleh refer di situ. Bagi yang tak tahu lagi, sila klik sini untuk join facebook group Seratas Batch 23. Tentang blog ini pulak, rakan-rakan sekalian sangatlah dialu-alukan untuk menjadi author/penulis blog rasmi kita ini. Mungkin boleh cerita pasal gathering yang diadakan, atau mungkin boleh cerita pasal kisah dulu-dulu. Dan kalau boleh, taknaklah post yang tak berkaitan pulak..haha!

Akhir kata dari aku, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.