Pages

July 30, 2011

EVERY SILVER LINING HAS ITS CLOUD

Kebelakangan ini sangat ramai member yang bercuti. Ada yang cuti dari bulan Januari 2011 sampai Jun 2011, ada yang cuti dari bulan April 2011 hingga September 2011, dan ada juga yang bakal cuti dari bulan September 2011 sampai Januari 2012. Pendek kata setiap bulan mesti ada budak batch 23 yang sedang bercuti.

Sepanjang tempoh percutian ini, macam-macam jenis gathering telah dianjurkan. Dalam pengetahuan aku lah, ada gathering yang buat kat Ipoh, ada yang trip ke Penang, ada yang buat di KL, ada yang buat kat Bukit Larut, dan terbaru mini-reunion Batch 23 di SERATAS, Taiping. Walaupun tak semua ahli Batch 23 dapat berkumpul bersama, tapi gathering-gathering yang diadakan ini sedikit sebanyak melepaskan rindu kita antara satu sama lain.

Gathering yang kita buat takkan terhenti. Aku yakin gathering ini akan berterusan sampai ke tua. Kita masing-masing ada hala tuju sendiri, tapi yang best nya bila berkumpul ialah umpama tiada apa yang berubah, perangai lebih kurang macam dulu je. Malah makin mesra dan ceria. Hahaha! Baguslah, walau kita kini belajar di lain tempat, kita tak lupa dengan siapa kita membesar tika muda ramaja dulu.

InsyaAllah, selepas ini akan ada gathering untuk bukak puasa pulak, kemudian gathering time hari raya pulak, dan bermacam-macam lagi gathering akan menyusul. Jika dirancang dengan baik, pasti ramai yang dapat datang dan gathering ini dah tentu seronok serta dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seperti gathering di Seratas baru-baru ini, budak-budak Batch 23 bukan sahaja dapat berkumpul, tetapi dapat menginap di asrama Seratas dan buat perlawanan persahabatan dengan pasukan Under 18 Seratas. Untuk pengetahuan, kita 'menang' besar dengan mereka kerana rupa-rupanya stamina pemain-pemain Batch 23 'sangat hebat' umpama harimau mengejar mangsanya...hehe!

Blog ini dalam proses kemaskini dan pembaharuan, sesiapa yang ingin turut serta menjadi moderator blog ini boleh roger aku, bakti anda sangat diperlukan. InsyaAllah nanti kita dapat lihat blog ini kemas lengkap dengan galeri dan hala tuju masing-masing di universiti. By the way, seseorang telah mendesgin sebuah logo untuk batch kita. Apa pendapat anda? Kalau ok kita jadikan ia official logo, kalau tak kita boleh ubah.


Kini Batch 23 semakin aktif berhubung di facebook, so segala rancangan dan berita terbaru kita boleh refer di situ. Bagi yang tak tahu lagi, sila klik sini untuk join facebook group Seratas Batch 23. Tentang blog ini pulak, rakan-rakan sekalian sangatlah dialu-alukan untuk menjadi author/penulis blog rasmi kita ini. Mungkin boleh cerita pasal gathering yang diadakan, atau mungkin boleh cerita pasal kisah dulu-dulu. Dan kalau boleh, taknaklah post yang tak berkaitan pulak..haha!

Akhir kata dari aku, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

4 , 023 legendary comments?:

nur aqilah said...

aku setuju jer lan..aku pown nak moderate blog gak...get me in !!!!!..hhehehe

ADZLAN SYAZNI said...

done! tq2..nanti aku inform ape yg perlu dibuat kat emel kau...hehe!

nur aqilah said...

thanz lan oit..hhaha

biborn said...

hahaha..jgn lupe gathering tgk bola kat Ameeth kedai mamak..

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment