Blog ini dibina khas untuk budak-budak Seratas Batch 23 or Seratasian 04-08 ; 07-08. Objektif utama adalah supaya blog ini menjadi satu pengikat antara member-member Batch 23. Maksudnya, segala perkembangan dan berita pasal batch kita atau yang berkenaan dengannya insyaAllah akan disampaikan di belog ini. Ye memang kita dah ada facebook dan sebagainya, tapi aku tengok di facebook macam meluas sangat dan tak khusus untuk batch. Walaupun ada facebook, ada segelintir kita yang dah lost contact, ada yang tak tahu kat mana mamat ni(contoh je) stadi skang ni. Jadi, aku rasa amatlah bagus kalau kita ada satu belog khusus untuk batch kita yang pasti menjadikan cerita kita sebagai topik utama.
Selain itu, blog ini juga merupakan medium untuk kawan-kawan mengenang kembali kisah-kisah ketika kita bersama di Seratas dahulu.(alamak...ayat jiwang karat!). Blog ini akan memuatkan beberapa gambar memori kita bersama dan juga sedikit sebanyak coretan kisah tentang kita. Siapa yang akan menulis dan mengupload gambar?? Selain aku, sesapa yang berminat untuk terlibat dalam penulisan blog ini sangatlah dialu-alukan. Takkan nak dengaq cerita aku sorang saja,kan? Takkan nak gambaq aku saja yg ada dlm belog ini, kan?? Hangpa semua(budak-budak Batch 23) boleh(dan mesti) turut serta dalam blog ini. Jadi, berikan emel hangpa kepada aku(boleh letak di shoutbox) dan aku akan invite hangpa yg berminat utk mencoret sesuatu di sini. Tapi ingat ye, aku bagitau awal-awal takdak upah pon utk penulis-penulis jemputan!Hehehe....(tak lawak pon).
Buat masa ini, batch kita tak ada nama khas lagi. Ada yang mencadangkan utk kita letak nama. Yeah memang idea yang bagus. Tapi persoalan utama, nak letak nama apa?? Masing-masing pikiaq idea. So aku yang malas nak pikiaq sangat, aku rasa kita stay dengan nama batch kita je ; Batch 23. Kan senang. Lagipun, kat baju batch kita pun tulis macam itu(Saya Budak Batch Dua Puluh Tiga). In fact, nama Batch 23 lebih signifikan dengan kita selama ni. Daripada letak nama macam Asam23 utk batch kita, aku rasa Batch 23 adalah nama yang terbaik dan semestinya lebih wangi. Kan3x?? However, kalau semua betul-betul setuju utk tukar nama batch dan ada idea nama yang sangat cun utk batch, boleh sajaaa!
REUNION
Berkenaan dengan reunion, biar aku simpulkan di sini. Sejak dari kita keluar sekolah lagi(belum kuaq pun dah ada), ramai yang dah sembang pasal hal ini. Ok! Yaa...kita memang akan buat reunion. Untuk melaksanakannya, kita semua perlu mengatasi masalah utama iaitu ;
Aku rasa, setakat ini sajalah coretan aku. Dah cukup panjang lebar dah ni. Harapnya, kawan-kawan semua akan berikan sokongan padu untuk batch kita di blog ini. Aku rasa kita semua pastinya amat sayang kat batch kita kan. Jangan lupa, most of us spent five years together in Seratas. Ok taknak tulis ayat2 terharu lagi dah. Yang penting, stay connected dan pastikan chemistry kita tak putus! Give your support and cheer up this blog!!(^_^)
Ok.Sekian timekasih. Cau cin caAuu!!
(p/s : tajuk post ni saja ja bg gempak. kalau ada yg nk gulingkan aku, silakan! hahahaha....)
2 , 023 legendary comments?:
ak termasuk dlm 2%
ttbe rse cm ak kt seratas lg..
Post a Comment