Pages

December 21, 2009

Selamat Berjaya

Terima kasih kepala saudara Adzlan Syazni, walaupun sibuk dengan persiapan kawin beliau dengan exam, masih sempat memikirkan untuk mewujudkan blog untuk batch. Aku pula yang sibuk dengan misi menyumpit di hutan Sarawak rasa tercabar dan terus mencapai laptop menaip satu dua kata.

Jauh di mata dekat di hati. Agaknya perumpaan itu yang paling sesuai aku nak kaitkan dengan situasi kita semua. Setakat ni yang paling jauh mamat yang tengah syok main salji dengan mat saleh lahh, dekat Amerika sana. Ini baru permulaan, dalam tahun 2011 nanti lagi ramai yang akan ikut jejak beliau. Selamat berjaya kepada yang sedang buat persediaan.

Kepada yang belajar dalam negara pun sama, selamat berjaya! Tak bermakna anda tak keluar negara anda tak pandai. We are in the same shoes. Masing-masing Tuhan sudah tetapkan rezeki cuma perlu usaha, doa dan tawakal. Rezeki tak datang bergolek, tak jatuh dari langit. Manusia kena mencari. Tak tahulah kalau satu hari betul-betul jatuh dari langit macam dalam cerita Meatball.

Harapan terahir aku, tak ada member-member atau aku sendiri yang kena tahan polis sebab terlibat dengan sindiket dadah, ayam sabung, bapak ayam, mak ayam, rempit, curi barang kedai runcit, bawak lari anak dara orang dan kes-kes yang sama waktu dengannya. Ringan-ringan kan lah tangan anda bukan untuk mencuri, tapi menyumbangkan apa yang sepatutnya kepada batch 23 sama ada dari segi kewangan, tulisan, cadangan dan apa yang sebaiknya. Datanglah memeriahkan kawasan ini yang satu masa nanti diharap dapat diupgradekan siap dengan domain.Terbaiklah.

Salam 1 Malaysia. (prinsip yang buat aku geli dengan Najib)

6 , 023 legendary comments?:

Izzat Iskandar said...

wah...salji!cool gile!

ziesya zulkifli said...

siyes ak bru tau~

biborn said...

ape yg ko bru tau??
hahaha..
najibbbbbb mmg menggelikan!

ADZLAN SYAZNI said...

1 malaysia!
haha

ziesya zulkifli said...

weit shira kt beijing..jauh jgak~

Lucid Ikemal said...

tu la..huu..

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment