"Al-kisah seorang budak batch 23 memakai baju tersebut untuk pulang dari satu program, Perfect Score di UNIMAP,Perlis. Tiba-tiba bas yang dipandu oleh Inche' Man berhenti di sebuah perhentian lebuhraya untuk menunaikan Solat Asar dan mengambil rehat. Budak itu turun dari bas tersebut bersama 2 rakannya yang lain. Sepanjang perjalanannya di koridor perhentian tersebut, dia menjadi tumpuan gadis-gadis dan teruna muda yang sedang melepak di situ. Bukan kerana kehensemannya, tetapi sebenarnya baju itu yang lebih hensem dan menarik perhatian ramai. Lantas ada yang 'terpegun' lalu ketawa dan tersengih-sengih. Lebih teruk, segelintir anak muda di sana berasa agak 'cemburu' dengan baju tersebut lalu mengeluarkan kata-kata 'pujian', pabila budak itu menghampiri mereka, "Weyh...nak pinjam 23 ringgit!" dan "Makcik, saya nak beli mee goreng 23 ringgit.ada tak??" sambil ketawa terbahak-bahak. Secara selamba ada yang bertanya "Weyh hang budak batch mana???" lalu dijawab rakannya, "Aku budak batch dua puluh tiga!" sambil tertawa lagi. Adoi...pelik sangat kah baju ini?? Hahaha!"
Tak kisah lah. Kita memang suka berhibur di dunia ini. Kadang-kadang kita tertawakan orang, kadang-kadang kita pula yang ditertawakan. Umur kita yang makin meningkat membuatkan kita semakin matang dengan segala gurauan manusia tanpa perlu rasa sakit hati atau bengang, sebaliknya hanya mengukir senyuman sambil mencari idea untuk 'bahan' balik. Betul?? Hehehe... Apa pun aku(kita) sayang sangat baju ini. Aku hendak memakainya semula nanti tapi entah kat mana aku letak mungkin ada orang pinjam tak bagi balik. Huhu~ Hangpa simpan lagi baju ni?? Bagus2x...simpan sampai tua sebab baju ni sepeshel taw!! Heheh!
1. sapa yang tak jawab survey pasal reunion lagi, silalah jawab ye!
2. sapa yang tak follow blog ni lagi, silalah jadi follower dan komen ye!
3. sapa yang nak turut serta jadi author blog ni, cepat2 lah kasi emelmu padaku ye!
(^_^)
4 , 023 legendary comments?:
lawak2
klu pki bju 2..
org nmpk bju..
ak trus dlupakan..
haila~
bla la nk bley berhimpun stu form balik ney..
rindu doh
hidup batch 23!!
Post a Comment